Linguistics and Language, Religious studies, Social Sciences
2
Scopus Publications
Scopus Publications
Impact of Translation Approach on the Accuracy of Quranic Euphemism Translated into Malay Global Journal Al Thaqafah, 2024
Translation of Qur’anic Euphemism into the Malay Language: Problems and Solutions Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad, Zulazhan Ab. Halim, Nurazan Mohmad Rouyan, and Global Journal Al Thaqafah, 2023 Eufemisme al-Qur’an berfungsi sebagai alat linguistik dan retorik yang mengandungi makna implisit serta figuratif. Oleh yang demikian, ciri-ciri tersebut menjadikan proses terjemahan lebih sukar dan mencabar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian dalam penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu. Gabungan Model Penilaian Penterjemahan Eufemisme al-Qur’an oleh Olimat (2018) dan teori Semantik & Komunikatif oleh Newmark (1981) digunakan untuk menganalisis data kajian secara konstrastif dan deskriptif. Kajian menemukan terdapat karya terjemahan yang menggunakan parentesis sebagai pengeksplisitan makna, namun keterbatasan fungsi leksikal menyebabkan penyampaian maklumat bercanggah dan tidak mencukupi. Selain itu, terdapat penterjemahan yang tidak mematuhi konteks penggunaan istilah dalam bahasa sasaran. Oleh itu, penterjemah perlu memastikan penggunaan pendekatan dan diksi memenuhi kemampuan dan kompetensi pragmatik pembaca sasaran. Secara keseluruhan, penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu perlu mengambil kira lima aspek, iaitu penyampaian maksud sebenar, kehalusan penggunaan terminologi, kepatuhan terhadap hukum tatabahasa, keberkesanan pemilihan perkataan dan kesesuaian pengaplikasian pendekatan terjemahan. Dapatan kajian secara amnya mengemukakan input berguna kepada pengkaji terjemahan al-Qur’an dan memberi implikasi pedagogi khususnya kepada penterjemah dalam bidang terjemahan al-Qur’an ke bahasa Melayu.